Selasa, 27 November 2012

PIBG

________________________________________________________

Pengerusi PIBG SK Taman Medan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, tahun 2024 telah menjelma, membawa cerita dan getaran baru dalam kehidupan kita semua, pahit manis, suka duka dan pelbagai rintangan pasti akan ada dihadapan kita. Begitu juga dengan PIBG SK Taman Medan, saban tahun pelbagai cabaran kami selaku PIBG sekolah telah harungi demi menjayakan misi dan visi bagi kesejahteraan anak-anak murid kita. Kami sentiasa berdiri bersama pihak sekolah demi membantu anak-anak murid supaya berjaya dan menjadi orang yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.
Saya amat berharap kepada ibu bapa dapat menyumbang tenaga,wang ringgit dan buah fikiran supaya kita bersama-sama menjadikan SK Taman Medan disegani kerana anak-anak muridnya yang cemerlang, berdisiplin dan mempunyai sahsiah diri yang tinggi.
Akhir kata saya mengharapkan kerjasama dan sokongan dari semua ibu bapa dan penjaga bagi membantu PIBG dalam menjayakan misi dan VISI PIBG sepanjang persekolahan ini.