Khamis, 13 Disember 2012

Muka Hadapan




PERMOHONAN PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2018 AKAN DIBUKA MULAI BULAN MAC 2017 HINGGA 29 APRIL 2017

- Pendaftaran adalah secara atas talian (on-line)
- Daftar awal tidak bermakna anak akan ditempatkan ke SK Taman Medan
- Permohonan tidak akan disokong oleh pihak sekolah jika salinan dokumen-dokumen yang berkaitan tidak di serahkan ke pejabat sekolah selepas pendaftaran online dibuat.
- Pembatalan permohonan oleh ibu bapa atau penjaga selepas surat penempatan dikeluarkan tidak akan dilayan.
-Sila isikan maklumat dengan lengkap dan BENAR semasa permohonan atas talian.




PERINGATAN




JUARA KESELURUHAN KATEGORI LELAKI PERTANDINGAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA 2017
Tahniah diucapkan kepada pasukan merentas desa SKTM kerana berjaya meraih tempat sebagai juara keseluruhan kategori lelaki dalam pertandingan kali ini. Tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Nik Azlan Wan Talib selaku jurulatih pasukan SKTM, Cikgu Zainale dan guru-guru yang terlibat. Pertandingan telah berlangsung pada 18 Januari 2017 di Taman Botani ,Shah Alam.
Cikgu Nik sedang menerima trofi.

PROGRAM KARNIVAL RIUH RINGGIT DI PWTC

SK Taman Medan telah melibatkan diri dalam karnival ini yang di taja khas oleh Mybank, lawatan telah diadakan pada 14 dan 15 Januari 2017. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk pengunjung.


JOHAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA 2017

Sambutan telah diadakan pada 14 Januari 2017 di SK Petaling Jaya. SK Taman Medan telah dinobatkan sebagai Johan bagi Pertandingan Perarakan dalam sambutan tersebut.
 Tahniah diucapkan.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
PERINGKAT SEKOLAH 1438H/2017

Majlis anjuran Unit Pendidikan Islam ini telah diadakan pada 13 Januari 2017 bertempat di Dewan Bestari sekolah. Antara acara yang dijalankan seperti bacaan Yasin dan selawat beramai-ramai, soal jawab agama dan ceramah.


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Hari pertama sesi persekolahan 2017


PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2017 
(BAGI NEGERI KUMPULAN B)

sila klik pada gambar



APLIKASI ANDROID UNTUK TELEFON BIMBIT (Handphone) BLOG RASMI SK TAMAN MEDAN

Sukacita dimaklumkan, SK Taman Medan telah melangkah kehadapan menggunakan aplikasi untuk kegunaan telefon bimbit (Handphone) untuk memudahkan capaian semua masyarakat dan ibu bapa bagi mengetahui aktiviti dan maklumat terkini sekolah. Muat turun dan install aplikasi tersebut pada telefon tangan anda sekarang.


Aplikasi ini hanya untuk telefon bimbit sahaja,muat turun dengan telefon anda.