Admin


ADMIN BLOG RASMI SK TAMAN MEDAN

Pegawai yang mengurus dan mengelolakan blog rasmi SK Taman Medan ialah Pembantu Operasi Gred N14, En.Rozaini b Ramli.

Beliau merupakan anak kelahiran Teluk Intan,Perak, menetap lama di Taman Medan, mahir menggunakan komputer serta aplikasi.

Selain melakukan tugas-tugas rasmi (tugas-tugas hakiki) beliau juga menguruskan blog rasmi sekolah sebagai tugas tambahan. Beliau berpengalaman sebagai Graphic Coordinator, Display Artist, Pelukis Grafik, Editor majalah dan bekas Kartunis sebuah majalah humor sebelum menjawat jawatan di dalam Sektor Awam. Manakala pengalaman dalam Sektor Awam sebagai Penolong Pembantu Makmal, Penolong Pembantu Bengkel Kemahiran Hidup, Penolong Pembantu Makmal Komputer dan Penolong Pembantu Warden Asrama.

Beliau juga mempunyai Studio Produksi milik sendiri untuk fotografi, videografi serta visual efek.,
mempunyai pengalaman hampir dua puluh tahun sebagai fotografer dan videografer pelbagai majlis,
serta berkerja secara sambilam sebagai Motion Graphic Designer dan Animator.

Dengan pengalaman tersebut dapat membantu beliau menguruskan blog sekolah dengan lebih baik bagi menyampaikan maklumat berkaitan aktiviti sekolah kepada umum.



Dah lama gantung pen..