Khamis, 13 Disember 2012

Muka Hadapan






PENGESAHAN PENEMPATAN
 TAHUN 1 SESI 2018 SK TAMAN MEDAN
MULAI 1 OGOS 2017 HINGGA 29 SEPTEMBER 2017
TEMPAT : Pejabat Sekolah
MASA : 8.00 Pagi hingga 4.30 Petang
Bawa bersama- Sijil Lahir Anak (ASAL) dan Surat Penempatan



PERINGATAN




VIDEO KORPORAT SK TAMAN MEDAN
Pihak pengurusan sekolah SKTM menghasilkan video korporat untuk siaran kepada umum tentang Sekolah Kebangsaan Taman Medan agar lebih dikenali oleh semua warga dan masyarakat. Dengan adanya video ini semoga masyarakat umum lebih mengenali SK Taman Medan. Selamat menonton.

video


SEMAKAN DAFTAR PEMILIH PILIHAN RAYA KE 14

Sila klik pada gambar untuk semakan



SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SK TAMAN MEDAN

Sambutan telah diadakan pada 21 Julai 2017 melibatkan semua murid Prasekolah, murid tahap 1 dan tahap 2, sambutan juga diadakan secara berasingan mengikut sesi persekolahan. Suasana penuh warna warni dengan pakaian hari raya. Antara acara yang diadakan adalah pertandingan nyanyian lagu raya antara murid-murid,jamuan hari raya dan sebagainya. Sambutan yang sederhana tetapi meriah.
gambar sumbangan Cikgu Norlela dan Cikgu Khairol
MESYUARAT AJK PIBG

Mesyuarat AJK PIBG SK Taman Medan telah diadakan pada 14 Julai 2017, pelbagai isu dan perkara dibincangkan dalam mesyuarat ini bagi merancakkan lagi aktiviti dan kemajuan pendidikan anak-anak murid SK Taman Medan.

JEMPUTAN PERSEMBAHAN TARIAN

Kumpulan tarian SK Taman Medan telah dijemput khas bagi mempersembahkan tarian di majlis pelancaran Bas Bergerak Unit Pembelajaran Peringkat Kebangsaan pada 5 Julai 2017 di SK Taman Midah 2,Cheras Kuala Lumpur. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' P.Kamalanathan a/l P.Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan. Ini bukanlah pertama kali kumpulan tarian SK Taman Medan terlibat dalam majlis-majlis rasmi.

MAKLUMAN CUTI BERGANTI DAN CUTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2017
Surat siaran telah diedarkan kepada semua murid-murid.


KEMPEN 1 JAM BACA AL-QURAN SEMPENA MALAYSIA #QURANHOUR

Pelaksanaan kempen QuranHour ini telah disempurnakan pada 19 Jun 2017 bertempat di Dewan Bestari, bacaan di ketuai oleh Ustaz Zulkifli Awang dan Ustaz Hakimi Saidin. Kempen dibawah Kerajaan Malaysia melibatkan seluruh warga sekolah SK Taman Medan serta dibuat serentak seluruh seluruh Malaysia.
gambar sumbangan Ustaz Hakimi
MAJLIS SUMBANGAN SYARIKAT 7 ELEVEN

Majlis telah diadakan secara ringkas pada 19 Jun 2017 di Dewan Bestari sekolah, sumbangan telah disampaikan oleh wakil syarikat 7 Eleven. Lebih kurang lima puluh orang murid Asnaf dan anak yatim terpilih menerima sumbangan ini. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan ini.
gambar sumbangan Ustazah Huda
IFTAR RAMADHAN DAN SOLAT HAJAT  2017
Majlis Iftar dan Solat Hajat ini telah diadakan pada 15 Jun 2017 di SK Taman Medan, majlis anjuran bersama antara Kelab Guru dan Kakitangan, Panitia Pendidikan Islam dan PIBG ini turut dihadiri YDP PIBG,Ajk PIBG dan beberapa orang ibu bapa. Majlis tahunan ini melibatkan murid-murid tahun 6 dan Murid Asnaf. Antara acara yang diadakan ialah berbuka puasa, solat terawikh, solat hajat dan moreh. Majlis yang sederhana tetapi meriah.
gambar sumbangan Ustaz.Hakimi
SAMBUTAN HARI GURU SESI PETANG SK TAMAN MEDAN
Sambutan telah diadakan pada 26 Mei 2017,bertempat di Dewan Bestari. Pelbagai acara dan aktiviti telah diadakan pada petang tersebut bagi menambah kemeriahan sambutan. Antara acara yang diadakan seperti nyayian patriotik, nyanyian Guru Malaysia, ikrar guru, acara memotong kek dan sukaneka.
gambar sumbangan guru sesi petang.
CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2017
Cuti bermula 27 Mei 2017 hingga 12 Jun 2017, sekolah akan dibuka semula pada 13 Jun 2017. Selamat bercuti dan selamat berpuasa.

Waktu balik persekolahan sesi petang sepanjang Ramadhan ialah 5.30 petang, oleh itu ibu bapa diminta menguruskan pengangkutan anak-anak mengikut jadual yang telah ditetapkan.
JADUAL PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017

Sesi pagi pulang pada jam 12.40 tengahari
Sesi petang pulang pada 6.00 petang
Perubahan jadual hanya pada hari peperiksaan sahaja.


Ibu bapa diminta memastikan kehadiran anak-anak semasa hari peperiksaan berlangsung, sila uruskan pengangkutan anak berdasarkan jadual waktu peperiksaan. Surat siaran dan jadual peperiksaan sudah diedarkan kepada semua murid.

Pindaan tarikh peperiksaan dibuat kerana Taklimat Pilihanraya yang ke 14 pada 22 & 23 Mei ditunda ke bulan Jun. Oleh itu peperiksaan dibawa kepada tarikh berkenaan.


untuk besarkan,sila klik pada gambar jadual
SAMBUTAN HARI GURU SK TAMAN MEDAN

Sambutan peringkat sekolah diadakan pada 16 Mei 2017, pelbagai acara dan aktiviti diadakan bagi memeriahkan sambutan hari guru kali ini. Bacaan perutusan sambutan hari guru oleh Menteri Pendidikan pembuka sambutan, ucapan oleh YDP PIBG, bacaan ikrar guru, acara memotong kek, sukaneka dan karaoke. Tema pakaian kali ini ialah pakaian tradisional.
gambar sumbangan oleh guru-guru

SELAMAT HARI GURU 2017

Tema bagi tahun 2017 dikekalkan seperti tahun 2016 iaitu "Guru Pembina Negara Bangsa"

JOHAN FESTIVAL TARI KANAK-KANAK 2017

Pertandingan telah diadakan pada 16 April 2017,bertempat di Kolej Kediaman Kinabalu,Universiti Malaya. Tahniah kepada kumpulan tarian SKTM, tahniah juga kepada Cikgu Hasif selaku guru pembimbing dan jurulatih atas kejayaan cemerlang ini.
Pertandingan ini melibatkan pertandingan antara PPD Petaling Utama,PPD Petaling Perdana dan PPD Klang. Tahniah sekali lagi, semoga kejayaan ini menjadi pendorong kepada murid-murid lain.
gambar sumbangan Cikgu Hasif

BENGKEL PERTOLONGAN CEMAS

Bengkel anjuran bersama Program Pendidikan Integrasi SKTM dan Biro Kebajikan PPKI ini telah diadakan pada 13 April 2017 bertempat di Dewan Bestari SK Taman Medan,antara yang turut hadir ialah YDP PIBG sekolah, ibu bapa dan juga guru-guru. Ceramah pertolongan cemas disampaikan oleh En.Murugan, Setiausaha Kehormat PBSM Negeri Selangor. Antara acara yang diadakan ialah ceramah pertolongan cemas dan demonstrasi pertolongan cemas.
gambar sumbangan guru PPKI
JOHAN PERTANDINGAN KALAM JAMAIE PERINGKAT DAERAH

Tahniah! diucapkan kepada kumpulan Kalam Jamaie SKTM kerana telah berjaya menjadi johan peringkat daerah. Pertandingan telah diadakan pada 13 April 2017 bertempat di SK Kampung Tengku. Tahniah juga kepada Ustaz ddan Ustazah yang telah berusaha mendidik anak murid sehingga merangkul kejayaan ini.Tahniah sekali lagi.
gambar sumbangan Ustazah Amalina

KEJAYAAN DI MTQ PPKI DAERAH PETALING

Tahniah kepada semua murid Pendidikan Khas Integrasi yang berjaya meraih kejayaan dalam beberapa kategori di Karnival Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Petaling Utama pada hari Selasa,9 April 2017 bertempat di SK Sri Damansara. Tahniah juga diucapkan kepada semua guru-guru PPKI atas kejayaan anak-anak murid ini.

gambar sumbangan oleh Cikgu Haffizan



MAJLIS PRA PERSARAAN PN.NATERAH OMAR

Majlis pra persaraan ini telah dilangsungkan pada 28 April 2017 bertempat di Dewan Bestari sekolah. Pn.Naterah bt Omar (Pembantu Awam H11,SKTM) telah bersara wajib mulai Mei 2017, beliau telah berkhidmat selama 34 tahun. Beliau merupakan kakitangan yang berdedikasi, bertanggungjawab dan cekap dalam menjalankan tugas. Banyak jasa yang telah dicurahkan kepada sekolah ini sepanjang perkhidmatannya. Beliau merupakan seorang kakitangan yang 'ringan tulang' dan mesra kepada semua warga sekolah. 

Selamat bersara Kak Nat, terima kasih atas segalanya,jasamu tetap dikenang.

PROGRAM ISRA' DAN MI'RAJ PERINGKAT SEKOLAH

Program telah diadakan pada 28 April 2017 bertempat di Dewan Bestari sekolah. Antara acara yang turut diadakan ialah bacaan Yassin, Forum Perdana, Persembahan Nasyid dan soal jawab kuiz Isra' Mi'raj.

PERTANDINGAN BOLING TENPIN MSSD PPD PETALING UTAMA 2017
Tahniah! kepada pasukan boling SKTM kerana telah berjaya meraih kejayaan di pertandingan kali ini. Pasukan Boling SK Taman Medan telah mendapat tempat sebagai Naib Johan bagi acara berpasukan bawah 12 tahun manakala Tempat Ketiga bagi acara individu. Tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Nik Azlan selaku jurulatih atas kejayaan ini. Pertandingan telah berlangsung pada 18 April 2017 di Sunway Pyramid Megalanes.

PERTANDINGAN TAEKWANDO
Tahniah diucapkan kepada adik Fatin Nuralya tahun 5 Dinamik dan Amsyar Hadi dari tahun 4 Bijak kerana telah mengharumkan nama sekolah dengan kejayaan di National Junior & Senior Taekwando Circuit 2017 yang diadakan di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 14 hingga 16 April 2017. Fatin Nuralya telah mendapat tempat pertama, manakala Amsyar Hadi meraih tempat kedua.

gambar sumbangan penjaga murid.

TAHNIAH KEPADA PENERIMA APC TAHUN 2016
Majlis penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2017 telah diadakan pada 13 April 2017 di SJKC Yuk Chai, Petaling Jaya.


TEMPAT KETIGA PERTANDINGAN FESTARI PETALING JAYA 2017

Tahniah kepada pasukan tarian SKTM kerana berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Festari Petaling Jaya 2017 anjuran MBPJ. Pertandingan telah berlangsung pada 8 April 2017 di Dewan Sivik Petaling Jaya. Tahniah juga kepada Cikgu Hasif atas kejayaan anak-anak muridnya ini. Turut hadir pertandingan ini ibu bapa murid, guru-guru dan penolong kanan sekolah.



AKTIVITI DAN PROGRAM PADA 1 APRIL 2017

Program 1 Murid 1 Sukan diadakan melibatkan murid 4,5 dan 6. Tahniah kepada yang hadir. Antara sukan yang dijalankan ialah Badminton, Bola Jaring, Bola Sepak dan lain-lain lagi.


Kem Cemerlang Jawi, diadakan, melibatkan murid terpilih dari Tahap 1.Tahniah kepada yang hadir. Tujuan diadakan kem ini ialah untuk memahirkan murid-murid yang lemah penguasaan tulisan  jawi agar lebih memahami dan menguasai tulisan jawi.


Pertandingan Festari MBPJ Peringkat Saringan, Tahniah kepada pasukan tarian SKTM kerana telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. SKTM telah mempamerkan persembahan yang unik dan mantap. Menurut Cikgu Hasif selaku jurulatih tarian sekolah pertandingan kali ini mempunyai cabaran yang tersendiri kerana ia melibatkan pasukan-pasukan yang pernah menjadi juara festari. Tahniah,semoga kejayaan akan berulang kembali.


LAMAN SESAWANG UNTUK PENGISIAN SKPMg GELOMBANG KE 2 OLEH PENTADBIR SEKOLAH
PENGISIAN AKAN DIBUKA MULAI 16 MAC 2017

Pengisian secara OFF LINE dan ONLINE

klik sini untuk pengisian SKPMg2

JADUAL PEPERIKSAAN BULAN MAC 2017

Peperiksaan Bulan Mac melibatkan semua aliran, surat pemakluman peperiksaan serta jadual telah diserahkan kepada murid-murid untuk rujukan ibu bapa. Pastikan anak-anak tuan hadir sepanjang minggu peperiksaan.
klik pada gambar untuk besarkan

KEJOHANAN DAN OLAHRAGA DAN SUKANEKA SKTM 2017
Kejohanan olahraga telah diadakan pada hari Sabtu, 4 Mac 2017 melibatkan murid tahun 4,5 dan 6 manakala sukaneka telah diadakan pada hari Ahad 5 Mac 2017 melibatkan tahun 1,2,3, Prasekolah dan PPKI. Tahniah kepada semua yang berjaya dan terima kasih kepada yang hadir.


PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH

Pelancaran telah diadakan pada 27 Februari 2017, Nilam dibawah kelolaan Cikgu Azizul Haron guru Pusat Sumber dan Media. Tahniah kerana telah berjaya merancang pelancaran yang berwarna-warni.



MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT DAERAH PETALING

Majlis telah berlangsung pada 25 Februari 2016 di SK Damansara Utama, SK Taman Medan telah berjaya menempatkan diri di dalam beberapa ketegori. Johan bagi tilawah lelaki, tempat ke 3 hafazan dan tempat ke 3 bagi bercerita lelaki. Tahniah kepada semua yang terlibat.

KARNIVAL JOM BANTU RAKYAT ANJURAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING UTAMA

Karnival telah berlangsung pada 25 Februari 2017 di SK Seksyen 6 Kota Damansara. PPKI SK Taman Medan juga terlibat membuka gerai pameran bagi mewakili sekolah, Guru Besar turut hadir bagi memberikan semangat kepada guru-guru.

MESYUARAT KELAB KEBAJIKAN IBU BAPA PENDIDIKAN KHAS

Mesyuarat telah berlangsung pada 25 Februari 2017 di Dewan Bestari, antara agenda mesyuarat ialah pelantikan ajk baru bagi sesi 2017 dan perbincangan bagi perkara-perkara berbangkit.

KEM BESTARI SOLAT

Kem telah diadakan pada 25 Februari 2017 melibatkan murid-murid tahun 1, kem di bawah Unit Pendidikan Islam ini bertujuan untuk mengajar murid-murid berkaitan solat dengan betul. Penerangan dan praktikal turut diadakan untuk murid-murid lebih memahami.

PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM100 2017

Penyerahan bantuan fasa pertama telah diadakan pada 23 Februari 2017 bertempat di Dewan Bestari sekolah. Bantuan kali ini adalah mereka yang terpilih berdasarkan pendapatan RM3000 kebawah seperti pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia.

12th NESTLE KOKO KRUNCH TAEKWANDO CHAMPIONSHIP 2017
Tahniah! kepada adik Ariana Hadhirah bt Ahmad Yazid dari kelas 2 Bijak pemenang Pingat Emas, manakala adik Amsyar Hadi b Ahmad Yazid dari kelas 4 Bijak pemenang Pingat Gangsa. Tahniah juga kepada guru Taekwando sekolah Pn.Nor Azlinda Salleh atas didikan dan kepercayaan yang diberikan kepada murid-murid ini bagi menjulang nama SK Taman Medan.




SAMBUTAN HARI LAHIR GURU-GURU BULAN JANUARI DAN FEBRUARI

Sambutan ringkas telah diadakan pada 20 Februari 2017, Selamat Hari Lahir Cikgu.



PERJUMPAAN DAN MESYUARAT PEWARIS PRASEKOLAH

Perjumpaan telah diadakan pada hari Sabtu,18 Februari bertempat di Kelas Prasekolah. Kehadiran ibu bapa dan penjaga amat menggalakkan. Pelbagai perkara dan isu dibincangkan dalam mesyuarat kali ini. Mesyuarat dikelolakan oleh Pn.Faridah Mat Zain, GPK Petang mewakili Guru Besar. Tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang hadir.



PEMBERIAN GERAN SEPADAN RM50 KEPADA MURID TAHUN 1 (2017) DALAM BENTUK SSPN


Pendaftaran di laman sesawang PTPTN disini



PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Program bersama Kementerian Pendidikan dan Polis Diraja Malaysia ini telah diadakan pada 6 Februari 2017 bertempat di Dewan Bestari sekolah. Program turut dihadiri oleh YDP PIBG sekolah. Antara acara yang diadakan ialah Nyanyian Lagu Negaraku, ucapan YDP PIBG,bacaan teks ucapan Menteri Pendidkan Malaysia dan bacaan teks ucapan Ketua Polis Diraja Malaysia.

Pentadbir dan YDP PIBG bergambar bersama wakil IPD Petaling Jaya.


PROGRAM PERTAMA KELAS TAMBAHAN TAHUN 6 2017

Pada 4 Februari 2017, kelas pertama untuk kelas tambahan tahun 6, sebelum kelas bermula Sembahyang Hajat telah diadakan bersama murid-murid tahun 6, dibimbing oleh Ustaz Hakimi Saidin, sarapan pagi juga disediakan untuk semua murid. Semoga tahun 2017 ini akan diberkati dan diberikan kejayaan yang cemerlang kepada semua murid yang akan menduduki UPSR nanti.



JOHAN SEPAK TAKRAW MSSD PPD PETALING UTAMA

Tahniah!, kepada pasukan sepak takraw SKTM kerana menjadi johan dalam pertandingan Majlis Sukan Sekolah Daerah Petaling Utama. Pertandingan telah diadakan pada 3 Februari 2016. Tahniah juga kepada jurulatih dan guru pengiring Ustaz Hakimi,Cikgu Hasri dan Ustaz Zulkifli.



PROGRAM JALINAN KECEMERLANGAN TAHUN 6 SESI 2017

Program telah diadakan pada hari Sabtu, 21 Januari 2017 melibatkan guru-guru dan ibu bapa tahun 6 sesi 2017. Program yang diadakan di Dewan Bestari sekolah ini juga turut mengadakan dialog bersama ibu bapa dan penjaga murid tahun 6 berkaitan pendidikan dan persediaan peperiksaan UPSR 2017, terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang hadir ke program ini.



JUARA KESELURUHAN KATEGORI LELAKI PERTANDINGAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA 2017
Tahniah diucapkan kepada pasukan merentas desa SKTM kerana berjaya meraih tempat sebagai juara keseluruhan kategori lelaki dalam pertandingan kali ini. Tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Nik Azlan Wan Talib selaku jurulatih pasukan SKTM, Cikgu Zainale dan guru-guru yang terlibat. Pertandingan telah berlangsung pada 18 Januari 2017 di Taman Botani ,Shah Alam.
Cikgu Nik sedang menerima trofi.

PROGRAM KARNIVAL RIUH RINGGIT DI PWTC

SK Taman Medan telah melibatkan diri dalam karnival ini yang di taja khas oleh Mybank, lawatan telah diadakan pada 14 dan 15 Januari 2017. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk pengunjung.


JOHAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA 2017

Sambutan telah diadakan pada 14 Januari 2017 di SK Petaling Jaya. SK Taman Medan telah dinobatkan sebagai Johan bagi Pertandingan Perarakan dalam sambutan tersebut.
 Tahniah diucapkan.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
PERINGKAT SEKOLAH 1438H/2017

Majlis anjuran Unit Pendidikan Islam ini telah diadakan pada 13 Januari 2017 bertempat di Dewan Bestari sekolah. Antara acara yang dijalankan seperti bacaan Yasin dan selawat beramai-ramai, soal jawab agama dan ceramah.


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Hari pertama sesi persekolahan 2017


PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2017 
(BAGI NEGERI KUMPULAN B)

sila klik pada gambar



APLIKASI ANDROID UNTUK TELEFON BIMBIT (Handphone) BLOG RASMI SK TAMAN MEDAN

Sukacita dimaklumkan, SK Taman Medan telah melangkah kehadapan menggunakan aplikasi untuk kegunaan telefon bimbit (Handphone) untuk memudahkan capaian semua masyarakat dan ibu bapa bagi mengetahui aktiviti dan maklumat terkini sekolah. Muat turun dan install aplikasi tersebut pada telefon tangan anda sekarang.


Aplikasi ini hanya untuk telefon bimbit sahaja,muat turun dengan telefon anda.