Jumaat, 16 November 2012

Sesi Petang





PN.SITI NADIMAH BINTI MOHD ZAIN
(Penolong Kanan Sesi Petang)


Seperti tahun-tahun yang lalu, pengurusan akademik dan murid merupakan cabaran utama bagi sesi petang, ia merangkumi pelbagai aspek terutamanya pembinaan sahsiah diri murid, kebolehan mencapai 4M sifar, disiplin dan lain-lain lagi. Kerjasama dan komitmen dari semua guru memainkan peranan penting bagi menjayakan arah tujuan tersebut.
Saya juga amat mengharapkan kerjasama dari semua ibu bapa atau penjaga murid supaya dapat memahami, bertolak ansur serta turut sama mendidik sahsiah diri anak-anak semasa di rumah terutamanya menghadkan penggunaan gajet yang tidak terkawal sehingga mengganggu proses pendidikan anak-anak.