Khamis, 13 Disember 2012

Muka Hadapan

PAUTAN KHAS AWAM

SEKOLAH-SEKOLAH YANG MEMPUNYAI KELAS PENDIDIKAN KHAS DAERAH PETALING UTAMA :-
SK SRI DAMAI, SK SULTAN ALAM SHAH, SK SRI KELANA, SK BANDAR UTAMA DAMANSARA, SK BUKIT LANJAN, SK DAMANSARA JAYA 1
PRA SEKOLAH PPKI RUJUK DISINI - SKSK atau SKBUD

SESI 2027 BELUM LAGI DIBUKA
Manual pengguna iDMe klik DISINI
Video pengguna iDMe klik DISINI
(Anak Lahir 2 Jan.2020 hingga 1 Jan.2021)
Ibu bapa perlu menghantar salinan permohonan bersama salinan dokumen yang diperlukan ke pejabat sekolah bagi proses perakuan dan pengesahan permohonan (setiap permohonan tidak semestinya ditempatkan ke sekolah yang dipohon). Permohonan akan ditolak jika salinan permohonan dan salinan dokumen tidak dihantar ke pejabat sekolah untuk perakuan.
__________________________________________________________

Permohonan Prasekolah SESI 2027 belum lagi  dibuka
Salinan permohonan dan salinan dokumen perlu dihantar ke Prasekolah.

sila klik pada kotak yang berkenaan

TELEGRAM INFO SKTM

MAJLIS PERSARAAN GURU SESI PETANG
Pada hari Jumaat,30 Januari 2026 telah berlangsung dua majlis yang berasingan, majlis meraikan persaraan Pn.Kamsiah bt Kasirun (KPT) pada sesi pagi,manakala Majlis Persaraan Cikgu Mahani bt Dak bersama Cikgu Asmah bt Muhammad. Majlis persaraan pada sesi petang kerana kedua-dua mereka adalah guru sesi petang,namun hanya Cikgu Mahani bt Dak yang dapat diraikan kerana Cikgu Asmah bt Mohamad mengalami masalah kesihatan selepas rawatan pembedahan di PPUM. Namun begitu kami semua warga STAMED mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa bakti yang telah dicurahkan kepada SKTM sepanjang berkhidmat disini,selamat bersara.

gambar dan info dari KKGK

MAJLIS PERSARAAN KETUA PEMBANTU TADBIR SK TAMAN MEDAN
Majlis telah diadakan pada hari Jumaat, 30 Januari 2026 bertempat di Dewan Bestari STAMED. Majlis yang meriah ini telah dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah bagi meraikan persaraan Pn.Kamsiah bt Kasirun,Ketua Pembantu Tadbir SK Taman Medan yang bersara pilihan atas sebab kesihatan. Pelbagai acara telah diadakan dalam majlis ini antaranya nyayian koir dari murid tahun 6,penyampaian hadiah oleh pentadbir,YDP PIBG dan warga sekolah.

Pn.Kamsiah bt Kasitun merupakan seorang Ketua Pembantu Tadbir yang amat berdedikasi, ramah, mesra dan mudah untuk berkerjasama dalam semua perkara, beliau juga amat disenangi oleh semua warga sekolah.

Perarakan dengan kereta mewah mengakhiri majlis. Kami warga STAMED mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn.Kamsiah bt Kasirun atas jasa yang dicurahkan selama ini ketika bertugas di SK Taman Medan, ucapan terima kasih juga kepada Kelab KKGK kerana telah menganjurkan majlis yang meriah dan syahdu ini.

gambar dan info dari KKGK

MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN SEKOLAH (PU-ACE-25) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING UTAMA
STaMed merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada,

Cikgu Salwani binti Salleh = Anugerah Ikon Penolong Kanan Pentadbiran (Sekolah Rendah);

Cikgu Nik Azlan bin Wan Talib = Anugerah Emas Pasukan Cemerlang PSKPP (Boling Tenpin);

Cikgu Zurinah binti Din = Anugerah Gangsa Amalan Pengajaran & Pembelajaran (PdP) Prasekolah Terbaik 2025 

Cikgu Noratifah binti Isa (SK Taman Medan) = Anugerah Gangsa Gemilang Program Pemulihan Khas 2025 Sekolah Rendah. 

sempena Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sekolah 2025 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama pada hari Khamis, 29 Januari 2026 di Dewan Komuniti BU 11, Bandar Utama.
Syabas dan terima kasih atas sumbangan yang amat bermakna.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.



MAJLIS TAUTAN KASIH SEKALUNG BUDI
Majlis telah diadakan pada hari Sabtu,24 Januari 2026, majlis diadakan sempena meraikan pertukaran Cikgu Norazwan yang telah dinaikkan jawatan ke Guru Penolong Kanan Sesi Petang di SK Damansara Damai 2. Banyak sumbangan dan jasa yang telah beliau curahkan sepanjang beliau berkhidmat di SKTM,terima kasih dari kami semua warga STAMED.



MAJLIS APRESIASI & INSPIRASI PRASEKOLAH NEGERI SELANGOR
Majlis telah diadakan pada hari Jumaat 23/01/2026 bertempat di D’ Mawar Biru Hall, Kapar, Selangor. Majlis anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah dirasmikan oleh Datin Wan Nor Ashikin binti Abu Kassim (Pengarah Pendidikan Negeri Selangor)

STaMed merakamkan ucapan SYABAS dan TAHNIAH kepada :
Encik Khairul Ifham - Anugerah Cemerlang : Pembantu Pengurusan Murid. 
Cikgu Zurinah - Anugerah Harapan : Amalan Terbaik Pengurusan Kelas Prasekolah



PROGRAM ANAKKU BOLEH TAHUN 6
Program telah diadakan pada hari Selasa, 27 Januari 2026 bertempat di Dewan Bestari SKTM. Program melibatkan ibu bapa dan semua murid tahun 6.



AGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) 2026
Agihan telah dijalankan pada hari Selasa,20 Januari 2026 bertempat di dewan sekolah. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang tepat hadir pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.


PINDAAN WAKTU PERSEKOLAHAN UNTUK SESI PERSEKOLAHAN 2026 (SEMAKAN JANUARI 2026)

Surat siaran telah diedarkan melalui Telegram rasmi SKTM




SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2026

Hari pertama sesi persekolahan 12 Januari 2026





WAKTU PERSEKOLAHAN SK TAMAN MEDAN

Waktu masuk dan balik SK Taman Medan bagi sesi 2026

Sila rujuk surat siaran telah diedarkan dalam Info Telegram ibu bapa / penjaga SKTM



HARI ORIENTASI PRASEKOLAH 2026
Hari Orientasi Prasekolah SKTM telah diadakan pada hari Jumaat,9 Januari 2026 bertempat di dewan sekolah. Taklimat berkaitan Prasekolah turut diadakan kepada semua ibu bapa murid pra.





MOHON MAAF!


BLOG RASMI SEKOLAH DALAM PROSES KEMASKINI BAGI SESI 2026. BLOG SEKOLAH TAHUN 2023, 2024 DAN 2025 (DALAM ARKIB) BOLEH DIBUKA/DILAWATI SECARA OFFLINE. DENGAN CARA MEMBUAT PERMOHONAN KEPADA GURU BESAR SKTM