PROSEDUR UNTUK PENGESAHAN DOKUMEN
- Setiap salinan dokumen yang hendak di sahkan wajib di sertakan salinan asal.
- Tiada istilah SEGERA.
- Pengesahan akan dibuat pada salinan yang disertakan salinan asal sahaja.
- Pengambilan semula dokumen hendaklah oleh individu itu sendiri (tuan punya dokumen).
Untuk Pengesahan Saksi.
- Si pembawa dokumen tersebut perlu berjumpa sendiri pegawai yang berkenaan untuk mendapatkan tandatangan.
- Borang yang tidak lengkap (tidak diisi dengan sepatutnya) tidak akan dilayan.
- Borang yang memerlukan disertakan bersama dokumen sokongan wajib disertakan bersama semasa memohon pengesahan.
Elakkan Penipuan.
Kohort Umur Permohonan Tahun 1
PERATURAN SEMASA MEMASUKI KAWASAN SEKOLAH
1. Semua pelawat, ibu bapa atau penjaga dikehendaki melaporkan diri di pondok pengawal.
2. Dapatkan Pas Kebenaran/scan QR Masuk untuk untuk membuat urusan.
3. Urusan hendaklah melalui Pejabat Sekolah dan diatas kebenaran Guru Besar atau Pentadbir.
4. Semua pelawat ibu bapa atau penjaga di larang sama sekali merayau dan mengganggu waktu pembelajaran.
5. Urusan tanpa Pas Kebenaran Masuk adalah dianggap menceroboh.
6. Pihak sekolah boleh mendakwa pelawat yang menggangu semasa pembelajaran sedang berjalan.
7. Semua urusan dan kebenaran hendaklah melalui pihak Pentadbir sekolah.
8. Dilarang sama sekali menjual atau berniaga di kawasan dan pintu masuk sekolah.
9. Semua ibu bapa/penjaga dan pelawat tidak dibenarkan meletak kenderaan di dalam kawasan sekolah.
SILA IKUTI ARAHAN DAN PERATURAN SEKOLAH
- Ibu bapa atau penjaga digalakkan mendaftar secara on-line di laman web iDMe.
- Ibu bapa atau penjaga hendaklah mengisi dengan lengkap permohonan online tersebut.
- Ibu bapa atau penjaga harus menyimpan ID dan Password dengan selamat bagi kegunaan dimasa akan datang.
- Selepas membuat pendaftaran online tersebut ibu bapa atau penjaga diwajibkan mencetak permohonan tersebut, dan hantar ke sekolah yang dipohon beserta salinan-salinan seperti diatas.
Pendaftaran Tahun 1 secara online sila klik disini
- Selepas membuat pendaftaran online tersebut ibu bapa atau penjaga diwajibkan mencetak permohonan tersebut, dan hantar ke sekolah yang dipohon beserta salinan-salinan seperti diatas.
Pendaftaran Tahun 1 secara online sila klik disini