________________________________________________________
PIBG SK TAMAN MEDAN
Encik Mohd Azhar bin Abul Rahman
YDP PIBG SK Taman Medan
Puan Nur Shaherah binti Md.Yusoff
NYDP PIBG SK Taman Medan
_________________________________________________
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, tahun 2026 telah menjelma, membawa cerita dan getaran baru dalam kehidupan kita semua, pahit manis, suka duka dan pelbagai rintangan pasti akan ada dihadapan kita. Begitu juga dengan PIBG SK Taman Medan, saban tahun pelbagai cabaran kami selaku PIBG sekolah telah harungi demi menjayakan misi dan visi bagi kesejahteraan anak-anak murid kita. Kami sentiasa berdiri bersama pihak sekolah demi membantu anak-anak murid supaya berjaya dan menjadi orang yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.
Saya amat berharap kepada ibu bapa agar dapat menyumbang tenaga,wang ringgit serta buah fikiran supaya kita bersama-sama menjadikan SK Taman Medan terbilang dan disegani kerana anak-anak muridnya yang cemerlang, berdisiplin, kental dan mempunyai sahsiah diri yang tinggi.
Keberhasilan serta kemenjadian murid juga tidak hanya segi akademik tetapi Koakademik, Kokurikulm dan berkemahiran untuk mereka bawa ke peringkat yang lebih tinggi.
Berdepan dengan 3 aliran pendidikan, SK Taman Medan mempunyai cabaran yang amat berat dan memberi tekanan yang tinggi kepada semua warganya, ditambah lagi dengan prasarana sekolah yang perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa mengikut kesesuaian keperluan murid serta warga sekolah berdasarkan peredaran keadaan semasa, ia memerlukan bukan sahaja peruntukan dalam bentuk wang ringgit malahan ia juga memerlukan sokongan dari semua pihak bagi membantu merealisasikan pembangunan serta keberhasilan membina anak bangsa yang berjaya.
Saya berharap semua ibu bapa dapat berkerjasama dan aktif dalam setiap program yang dianjurkan pihak sekolah, ia secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan silaturahim antara guru dan ibu bapa, dengan cara ini juga kita sebagai ibu bapa dapat memahami lebih jelas segala masalah dan tekanan yang dihadapi pihak sekolah dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak kita.
Ingatlah,mendidik anak bukanlah tanggungjawab dan hanya terletak dibahu guru-guru dan pihak sekolah sahaja,pendidikan awal adalah bermula dari rumah kitalah orang yang pertama akan mencorak kemenjadian anak-anak kita. Cabaran terkini seiring dengan kepesatan teknologi yang tidak terkawal, bergerak agresif tanpa sempadan sehingga kita selalu ketinggalan dan terlupa betapa bahayanya jika kita tidak mengawal gajet-gajet yang ada dizaman sekarang.
Akhir kata saya mengharapkan kerjasama dan sokongan dari semua ibu bapa dan penjaga bagi membantu PIBG sekolah bagi menjayakan misi dan VISI PIBG sepanjang persekolahan ini supaya dapat dicapai dengan jayanya.



