PN.SHARIFAH BINTI MANSOR
PK Kokurikulum
Tahun ini 2025 diharapkan tahun yang akan membawa seribu rahmat serta kejayaan kepada Unit Kokurikulum. Semoga tahun ini juga SK Taman Medan mampu meraih kejayaan yang lebih cemerlang dalam pelbagai acara sukan sama ada peringkat daerah mahupun di peringkat yang lebih tinggi.
Unit Kokurikulum SK Taman Medan sentiasa menyusun strategi membentuk atlet-atlet yang mempunyai semangat berdaya saing serta berstamina tinggi dalam sukan-sukan yang diminati oleh murid-murid.