Selasa, 23 Oktober 2012

Pra Sekolah

____________________________________________________


Pn.Zurinah bt Din
Penyelaras Prasekolah


Assalamualaikum, Salam Sejahtera,Prasekolah SK Taman Medan merupakan Prasekolah terbesar di Negeri Selangor dan Juga di Malaysia, ia mempunya 7 buah kelas dan beroperasi 2 sesi, 5 kelas sesi pagi, 2 kelas di sesi petang. Jumlah murid pada satu-satu kelas ialah seramai 25 orang, jumlah keseluruhan 175 orang murid.
Setiap tahun permohonan untuk memasuki Prasekolah hampir 500 permohonan, namun Prasekolah SK Taman Medan tidak mampu menampung murid yang ramai kerana kelas yang terhad serta kekurangan guru dan Pembantu Pengurusan Murid.
Cabaran dan tekanan dalam pengurusan Prasekolah mempunyai pelbagai aspek, antaranya membina kemahiran mengenal huruf, membaca, mengira, membina keterampilan, kemenjadian diri murid, sifat berdikari dan lain-lain lagi, ia memerlukan semangat, kesabaran yang tinggi serta usaha yang berterusan kerana kepelbagaian sikap bukan sahaja murid-murid tambahan lagi sikap ibu bapa yang selalu menganggap Prasekolah sebagai Pusat Asuhan Kanak-Kanak.