Isnin, 5 November 2012

Pendaftaran Tahun 1

Pendaftaran tahun 1

Pendaftaran secara on-line
Sila baca arahan pada setiap halaman pendaftaran dan pastikan :-

1) Jarak antara rumah dan sekolah yang dipohon.
2) Anak OKU atau tidak (masalah pembelajaran)
3) Isikan jika ada anak-anak yang bersekolah di sekolah yang dipohon.
4) Kewarganegaraan anak.
5) Pendapatan ibu bapa / penjaga
6) Cetak borang permohonan tersebut dan bawa ke sekolah yang dipohon untuk pendaftaran secara manual dengan secepat mungkin.

Bawa bersama dokumen:-
1) 1 Salinan surat beranak (bawa ASAL dan SALINAN)
2) 1 Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga
3) 1 Salinan surat nikah
4) Bil utiliti (bil air atau elektrik)
5) Surat daftar perceraian dan hak penjagaan(jika berkenaan)
6) Laporan doktor & Kad OKU (jika berkenaan)
7) Sampul surat 4X9 bersetem 100 sen dan bertulis alamat sendiri

Peringatan

1)  Ibu bapa atau penjaga hanya boleh menggunakan permohonan online ini sebanyak tiga kali percubaan sahaja.

2)  Ibu bapa dan penjaga boleh mengemaskini penempatan tersebut sebelum pendaftaran ditutup.

3) Sebarang pertanyaan sila hubungi sekolah yang dipohon.


SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH UNTUK MENERUSKAN PENDAFTARAN.



Sila rujuk halaman "Info Penjaga" untuk melihat "Carta" kelayakan pendaftaran anak berdasarkan tahun anak dilahirkan.