Jumaat, 16 November 2012

Info Penjaga






PROSEDUR UNTUK PENGESAHAN DOKUMEN

- Setiap salinan dokumen yang hendak di sahkan wajib di sertakan salinan asal.
- Tiada istilah SEGERA.
- Pengesahan akan dibuat pada salinan yang disertakan salinan asal sahaja.
- Pengambilan semula dokumen hendaklah oleh individu itu sendiri (tuan punya dokumen).

Untuk Pengesahan Saksi.
- Si pembawa dokumen tersebut perlu berjumpa sendiri pegawai yang berkenaan untuk mendapatkan tandatangan.
- Borang yang tidak lengkap (tidak diisi dengan sepatutnya) tidak akan dilayan.
- Borang yang memerlukan disertakan bersama dokumen sokongan wajib disertakan bersama semasa memohon pengesahan.

Elakkan Penipuan.


Ibu bapa dan penjaga pelajar tahun 4,5 dan 6 boleh menyemak laporan markah dan prestasi anak-anak di laman sesawang ini.
- sila gunakan nombor kad pengenalan anak atau nombor sijil lahir anak untuk "log in"


sila klik pada gambar ini untuk mendaftar



Kohort Umur Permohonan Tahun 1




PERATURAN SEMASA MEMASUKI KAWASAN SEKOLAH

1. Semua pelawat, ibu bapa atau penjaga dikehendaki melaporkan diri di pondok pengawal.
2. Dapatkan Pas Kebenaran Masuk untuk untuk membuat urusan.
3. Urusan hendaklah melalui Pejabat Sekolah dan diatas kebenaran Guru Besar atau Pentadbir.
4. Semua pelawat ibu bapa atau penjaga di larang sama sekali merayau dan mengganggu waktu pembelajaran.
5. Urusan tanpa Pas Kebenaran Masuk adalah dianggap menceroboh.
6. Pihak sekolah boleh mendakwa pelawat yang menggangu semasa pembelajaran sedang berjalan.
7. Semua urusan dan kebenaran hendaklah melalui pihak Pentadbir sekolah.
8. Dilarang sama sekali menjual atau berniaga di kawasan dan pintu masuk sekolah.
9. Semua ibu bapa/penjaga dan pelawat tidak dibenarkan meletak kenderaan di dalam kawasan sekolah.

    SILA IKUTI ARAHAN DAN PERATURAN SEKOLAH







Pendaftaran On-Line Pelajar Tahun 1

- Ibu bapa atau penjaga digalakkan mendaftar secara on-line di laman web Jabatan Pelajaran Selangor.

- Ibu bapa atau penjaga mempunyai 3X percubaan membuat atau mengemaskini pendaftaran on-line.

- Selepas membuat pendaftaran on-line tersebut ibu bapa atau penjaga diwajibkan mencetak permohonan tersebut, dan hantar ke sekolah yang dipohon beserta salinan-salinan seperti diatas.

Pendaftaran Tahun 1 secara online sila klik disini